-Di
dalam pelaksanaan ‘Virtual Classroom’ terdapat berbagai manfaat yang diperoleh
oleh para pelajar. Pembelajaran yang berasaskan IT mendorong pelajar untuk
meningkatkan pengetahuan dan prestasi mereka di dalam penggunaan teknologi yang
terkini bagi mencapai matlamat mereka. Selain menambah ilmu mereka juga dapat
menaik taraf penggunaan media di dalam kehidupan seharian mereka.
-Selain
dari itu, mode pelaksanaan kelas maya ini memerlukan pelajar untuk berinteraksi
dan memberikan pendapat di dalam forum yang telah disediakan. Melalui forum ini
pelajar akan mendapat maklumbalas dan seterusnya memberi respon yang sewajarnya
bagi sesuatu topik yang dibincangkan. Melalui kaedah ini, pembelajaran, pemikiran
kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga
seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan
ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan
kefahaman. Secara tidak langsung ia dapat menjadikan pelajar sebagai seorang
yang berdikari dan peka terhadap pembelajaran yang dialaminya
Sumber Dari : http://banjirochiko.blogspot.com/
0 komentar: